Usahawan 8

KRU Studios Sdn. Bhd.(431293 H) 


Alamat : KRU Studios, Persiaran Cyber Point Selatan, Cyber 8, Cyberjaya
No. Telefon : +603 - 8320 1888
No. Faks : +603 - 8320 2888
Hubungi : Johan Lucas
Jawatan : Ketua Pegawai Operasi Filem & Media
H/P : 012333991
Emel : johan.lucas@krustudios.com, norman.halim@krustudios.com
Perkhidmatan :
Pasca Produksi - VideoPenerbit Filem
Perunding MajlisStudio Rakaman
Kemudahan Animasi
Portfolio
Penglibatan Kerja Filem

2012
:
 Cinta Kura-Kura - Syarikat Penerbitan
2011
:
 Karak - Syarikat Penerbitan
2011
:
 Hikayat Merong Mahawangsa - Syarikat Penerbitan
2010
:
 Magika - Syarikat Penerbitan
2009
:
 My Spy - Syarikat Penerbitan
2009
:
 Jin Notti - Syarikat Penerbitan
2008
:
 Cicakman 2: Planet Hitam - Syarikat Penerbitan
2008
:
 Duyung - Syarikat Penerbitan
2006
:
 Cicakman - Syarikat Penerbitan

Sejarah

Ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang emak saudara mereka membeli keyboard mainan untuk Norman sempena hari jadinya, turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.
Ketika adik-beradik bin Abdul Halim menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRUSelangor Rappers Unit.

Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula menulis lebih banyak lagu original. Tanpa pengetahuan mereka seorang rakan sekampus Norman menghantar demo mereka kepada syarikat rakaman EMI (Malaysia). Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong, menyukainya dan memanggil adik-beradik itu untuk ujibakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirnya kumpulan KRU.

Kumpulan KRU merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka telah terlibat dalam pelbagai kontroversi tetapi mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.

[sunting] Diskografi

  • Canggih (1992)
  • reKRUed (1993)
  • Awas (1994)
  • Beware: Awas da Soundtrack (1995)
  • Oh La La (1996)
  • Krumania – album kompilasi (1997)
  • The Way We Jam – album Inggeris sepenuhnya yang sulung (1998)
  • Formula Luar Biasa (1999)
  • Tyco – ditampilkan sebagai Tyco, pemuzik animasi pertama di Malaysia (2000)
  • Krujaan (2000)
  • Empayar Krujaan V 2.0 (2002)
  • Relax (2004)
  • KRUnisme (2005)
  • 10 di Skala Ritcher (2006)


Keratan Akhbar
30 Julai 2008 : Harian Metro
Jenama KRU Terus Kukuh

Oleh Elrafaei Sapi

KEJAYAAN dicapai KRU Group kini di luar jangkaan. Jika 16 tahun lalu, KRU hanya dikenali penyanyi kumpulan rap tetapi berkat usaha gigih tiga beradik, Norman, Yusry dan Edry, KRU menjadi jenama industri hiburan tanah air yang semakin berkembang ke pasaran antarabangsa.
Bermula daripada muzik, mereka mengembangkan bakat dan minat apabila terbabit dalam penciptaan lagu hingga mampu memiliki studio sendiri. Satu demi satu langkah diatur, KRU turut memperluas kreativiti mereka dalam bidang perfileman melalui KRU Films dengan menghasilkan filem sulung, Cicak-man pada 2006.


Biarpun segelintir mempersoal mengapa cicak dijadikan hero Malaysia berbanding Hollywood yang mempunyai Batman dan Superman, KRU tetap berbangga dengan pencapaian filem arahan Yusry itu apabila mencatat kutipan tertinggi filem tempatan bagi 2006 iaitu RM6.7 juta.


Malah filem kerjasama antara KRU dengan Grand Brilliance Sdn Bhd iaitu Duyung yang ditayangkan pada Mac lalu turut mengulangi kejayaan sama selepas mencatat kutipan sebanyak RM6.4 juta, hingga kini menjadi filem tempatan kutipan tertinggi pada tahun ini.


Pada awal Jun lalu, KRU sekali lagi mencipta kejayaan menerusi penerbitan filem Inggeris pertama, Deadline yang menyaksikan gabungan antara pengarah Hollywood, Sean McConville dengan barisan pelakon seperti Brittany Murphy, Thora Birch dan Mark Blucas.


Membawa jenama KRU Studios ke Amerika Syarikat, sudah tentu penerbitan filem ini menjadi kejayaan awal yang juga dikongsi peminat tempatan.


Menyingkap kejayaan berkenaan, Norman yang ditemui pada majlis ulang tahun ke-16 KRU, baru-baru ini berpandangan pengalaman ketika berkecimpung dalam muzik banyak mengajar mereka mengenali cabaran industri hiburan tempatan dan global.


Sungguhpun KRU tidak menghasilkan album baru sejak dua tahun lalu, ia tidak bermakna KRU ‘bersara’ daripada muzik dan hanya memberi tumpuan pada filem atau kerja belakang tabir penerbitan album artis naungan mereka saja.


Katanya, KRU lebih senang memfokuskan karier seni mereka pada skop hiburan secara meluas merangkumi penerbitan filem, muzik, program TV, bahan bacaan seperti komik dan novel serta pengurusan acara.


“Hingga kini KRU mampu berbangga dengan gabungan anak syarikat, KRU Films, KRU Music Group, KRU Communications dan KRU Media yang dikenali KRU Studios sudah mula bertapak di Los Angeles, Hong Kong, Singapura, Jakarta, Stockholm dan London.
“Dalam bidang muzik pula, KRU tidak memfokuskan pembikinan album penyanyi tempatan saja malah menjangkau artis luar negara antaranya kumpulan Syuga dari Indonesia, Sleeq (Singapura) dan Ladylike (Sweeden). Artis tempatan pula, Aznil Nawawi, Adam , Dafi dan artis program realiti Gang Starz, The Lima, Mendua, Pianka dan Flava.
“KRU tidak mungkin meraih kejayaan seperti hari ini jika tidak melalui kesusahan lalu. Memang perit apa yang kita pernah alami dulu seperti Konsert KRUmania yang diharamkan pada 1997.


“Ketika itu KRU dilabel perosak moral masyarakat khususnya remaja hingga pernah dituduh kafir. Bagaimanapun, dalam apa jua cabaran yang kami tempuh, kami berusaha mencari peluang dan kelebihan yang ada agar masalah dapat diselesaikan.


“Sebagai artis, kami mengharapkan masyarakat tidak menilai artis hanya berdasarkan gosip semata-mata. Setakat ini, kami rasakan peminat tidak mempunyai masalah dengan kami cuma jika ada masalah yang timbul, ia datang daripada mereka yang bukan peminat KRU,” katanya.


Norman yang mengambil contoh kejayaan syarikat penerbangan AirAsia dalam meluaskan pasaran perniagaan, mahu kerjasama antara KRU dengan produksi luar negara dipertingkatkan.


Katanya, perkongsian kerjasama ini membawa banyak manfaat dan lebih mudah dalam mencapai sesuatu matlamat.


Bagi Yusry, faktor konsisten KRU dalam berkarya sama ada muzik atau filem, menjadikan KRU terus bertahan hingga kini. Mengakui peminat mahukan produk terbaik yang bermutu, Yusry menyatakan KRU ingin memperluaskan kreativiti mereka dalam bidang seni lain seperti pembikinan filem.


“Peminat melihat KRU kembali aktif bekerja apabila kami menghasilkan album penyanyi lain dan filem baru selepas kami berhenti menyanyi. Sebenarnya, sejak mula KRU ditubuhkan, kami menunjukkan kreativiti dalam penciptaan lagu sendiri.


“Apa yang kami lihat daripada kejayaan KRU selama ini, konsisten adalah perkara penting untuk KRU terus bertahan. Bahkan tanpa album baru, kemunculan produk lain daripada KRU menjadikan kami terus hidup. KRU tetap wujud meskipun lagu kami dinyanyikan artis lain.


“Walaupun kini kami hanya memberi tumpuan pada kerja belakang tabir, tidak mustahil jika suatu hari nanti KRU tampil dengan album baru,” katanya.


Edry pula menyifatkan kedudukan KRU semakin stabil sejak berada di bawah label sendiri. Akuinya, kejayaan KRU selama ini datang daripada sokongan keluarga dan peminat yang tidak putus-putus.


Katanya, pengorbanan dan usaha gigih yang dilakukan setiap hari adalah pencetus kejayaan pada masa akan datang. Malah majlis ulang tahu sedemikian dijadikan acara tahunan untuk memberi penghargaan kepada peminat dan artis naungan mereka.


Dalam menantikan sambutan Cicak-man 2 yang dijangka ditayangkan penghujung tahun ini, KRU Film juga baru selesai menjalani penggambaran filem Jin Notti dan Deadline.


Mengenai Cicak-man 2, filem itu digambarkan lebih hebat berbanding versi pertama dan juga Duyung. Menjelang Oktober nanti, KRU merancang mempunyai studio yang lebih besar di atas tanah seluas 15 ekar.


Ia akan menempatkan kelengkapan studio muzik dan lokasi penggambaran filem yang lebih canggih. KRU juga ingin menjadikan studio baru itu seperti Universal Studio di Hollywood.


Pada majlis itu, artis seperti Aznil, Adam, Dafi, The Lima, Sleeq dan Ladylike tampil membuat persembahan pentas. Selain menghiburkan tetamu dengan lagu popular masing-masing, barisan artis terbabit juga memberi kejutan pada KRU dengan menyanyikan lagu popular KRU seperti Mengerti, Awas, Dua dan Untukmu.


Tidak ketinggalan, KRU turut memberikan plak penghargaan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), stesen radio Era FM dan penaja Japanese Tobacco International (JTI) di atas kerjasama yang terjalin sebelum ini.


Selain itu, KRU juga mengambil kesempatan meraikan pengarah, barisan pelakon dan kru Duyung dengan penyampaian bonus.


Rujukan:
http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Jenama_KRU_terus_kukuh_1004

 

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes