Usahawan 4

Tan Sri Tajuddin Ramli

Tan Sri Tajuddin Ramli dilahirkan di Kg. Kuala Kangkong, Kedah pada 13 April 1946. Beliau menerima pendidikan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid hingga tahun 1968. Pada tahun 1968, beliau menyambung pengajiannya di Universiti Malaya. Beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1970.

Kerjaya:
  • Pegawai, Kementerian Perdagangan dan Industri
  • Eksekutif Pemasaran, Dunlop Industries Berhad (1970)
  • Pengurus Besar, Utama Wardley Berhad
  • Ketua Pengarah Eksekutif, Syarikat Raleigh Berhad (1984)
  • Pengerusi Eksekutif Technology Resource Industries Berhad
  • Pengerusi Alpine Resource Sdn. Bhd.
  • Pengerusi Arah Murni Sdn. Bhd.
  • Pengerusi RZ Equities Sdn. Bhd.
  • Pengerusi Celcom Sdn. Bhd.
  • Pengarah General Lumber Holdings Berhad.
  • Pengerusi Malaysia Airlines System Berhad (MAS)
  • Pengerusi Southeast Asian Telecommunication Community (SEATLE)
  • Ahli 'Commonwealth Consultative Group of Technology Management'
  • Ahli Lembaga Pemegang Amanah 'Bumiputera Entrepreneur Foundation' ·
  • Pengerusi 'Malaysian Industry and Government for High Technology' (MIGHT)
  • Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
  • Presiden 'National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia' (NCCIM)
  • Presiden 'Asean Chamber of Commerce and Industry' (ACCI)
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)
  • Ahli Mesyuarat Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN I dan II)
Beliau mula menceburi bidang perniagaan secara serius apabila menubuhkan Syarikat Malaysian Helicopter Services Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Naluri Berhad dan kemudiannya berkembang sehingga tertubuhnya Syarikat Roxy Electronic Industries Malaysian Berhad yang kemudiannya diberi nama baru iaitu Technology Resources Industries Berhad (TRI).

Beliau turut dianugerahkan pingat dan hadiah di atas kejayaan yang diperolehinya. Pada tahun 1994, beliau telah memenangi Anugerah Usahawan yang diberikan oleh 'Malay Chamber of Commerce'. Pada tahun yang sama juga beliau telah dihadiahkan gelaran 'Director of The Year' oleh 'Malaysian Institute of Directors'. Selain itu, 'International Management Development Association' juga turut menganugerahkan beliau gelaran 'Businessman of The Year'.

Sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau kepada pembangunan ekonomi negara, beliau telah dianugerahkan pingat Panglima Gemilang Bintang Kenyalang oleh Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak pada tahun 1994 dan juga pingat Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato'. Pada tahun 1995, beliau dikurniakan pingat Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. 

Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes